Saturday, 1 February 2014

KEM KEPIMPINAN PELAJAR (:

  Yeayyy, bertemu kembali kita setelah sebulan aku menyepi.. hoho.. time kat maktab aku dah berkira kira nak masukkan entry apa dalam blog aku kali ni.. setelah difikir punya fikir tiba tiba tercetus idea nak masukkan entry pasal kem hari tu.. wow aku pergi kem kepimpinan! fantastic right? sumpah korang jangan gelak.. hoho jangan pandang aku sebelah mata.. pandang guna dua dua mata yang korang ada , okay? layak ke aku jadi pemimpin? yup. semua orang layak jadi pemimpin. okay, now aku nak cite pengalaman aku pegi kem tu.. tak semua yang ada pengalaman untuk kem kali ni sbb hanya orang yang terpilih je taw.. aku bersyukur :) Kem Kepimpinan ni disertai oleh:

  • Badan Wakil Pelajar (BWP) *semua
  • Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) *semua
  • Badan Dakwah Rohani (BADAR) *ajk tertinggi sahaja
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) *7 orang je (afiq, izzati, hafiz, waliy, faiz, aku, wana)
  • Ahli Lembaga Koperasi (ALK)   

 KEM ALAM DAMAI, CHENDERIANG TAPAH, PERAK.


JUMAAT PETANG
 

Bilangan peserta yang terlibat seramai 90 orang.. okay , kteorg pergi naik bas. ada 2 bas MARA dgn 1 van maktab baru :) budak lelaki rasmikan dulu van tu.. huhu sadis!


                                                        keadaan bas perempuan..

  Around pukul 3 or 4 kteorg sampai.. semua dok usha2 tempat kem ni.. seriously kawasan dye sangat lah lapang.. cantik.. tapi dalam byk2 kawasan aku paling semangat nk tgk tandas dye laaa.. perghhh, budak perempuan semua buat rombongan cik kiah pegi tgk tandas.. semua teruja.. bila sampai je tandas semua hampa.. cebok ada satu je kot.. huhu sadis.. dlm tandas tu ada satu kolah.. takpe takpe kita bersyukur dgn ape yg ada.. 
  
  Lepas solat Asar, kteorg diberikan briefing pasal kem ni.. diperkenalkan dgn 'apartment' masing masing yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti astro, aircond,katil dll.. *ni semua propa je.. nk tgk apartment kteorg? hah ambik ni!

macam kem pelarian..

                       khemah perempuan 

cantik kan? hoho pengalaman baru ni.. tido atas rumput beralaskan plastik ape ntah.. lepas masukkan beg dkt 'apartment' ade outdoor activity which is 'ice-breaking' . korang jgn ingat ice breaking dye macam bagi group then perkenalkan nama or whatever.. well, cara tu dah lapuk sangat kan.. kali ni lain dari yang lain.. first kteorg kena beratur ikut group kteorg.. yeahh, aku lupa nak bgtaw time dye bg briefing tu dye bahagi group sama rata.. maksud aku dalam satu group tu semua form ade.. so deal kan.. yang jadi ketua group semua dye pilih junior perempuan.. BUKAN LAKY YAWW..  okay back to ice breaking tadi aktiviti first yg kteorg kena buat beratur ikut ketinggian..*kalau tak silap laa . aku pun ingat2 lupa.. Wahaha.. semua pun kelam kabut la beratur.. then fasilitator kat sana test lagi beratur ikut anak ke berapa and saiz baju.. lepas dye beratur dye check la tanya apa sume.. ade jgk la group yg tersilap..

   Lepas habis aktiviti ni kteorg kena bukak sport shoes yg kteorg pakai.. then ketua group kena ambik kasut2 tersebut dan kumpulkan kat satu tempat.. kasut perempuan lain , kasut lelaki lain tempat.. fasi2 semua dok campurkan kasut2 tu sume.. lepas tu kteorg kena buat satu bulatan besar dan ditengah2 nya adalah kasut tadi yg telah dicampur2.. arahan nye kteorg kena ambik kasut kteorg dan sape yg lambat kena denda.. haa time ni aku semangat gila ah.. tanak aku jadi orang last.. tak pasal2 kena denda.. hoho.. sekali pandang kteorg mcm dah main hunger game pun ade.. lepas main game ni ade 3 orang kena start public speaking.. public speaking ni sume kena.. dye akan panggil dari masa ke masa.. Then makan petang bersama group.. btw, aku group ke 5..


HABIS AKTIVITI UNTUK PETANG

JUMAAT MALAM

Aktiviti untuk malam ni kteorg ada ceramah dgn CIKGU HALIM.. Dye bg ceramah pasal pemimpin.. mcm mane nk jadi pemimpin.. apa itu pemimpin.. and all those kind of pemimpin la.. lepas ceramah kteorg kena perkenalkan nama kumpulan (mestilah binatang), cheers/tagline + gaya sekali, lagu kumpulan.. seriously semua group not bad laa.. group aku? haaa group aku buat itik laa sbb ade jue.. ohh , lupa nak bgtahu nama ahli group aku..







  1. Ain (form3) *ketua kumpulan
  2. Anuar (form5) (nuek)
  3. Hafiz Rawang (form5)
  4. Syahir (form4)
  5. Arif (form4)
  6. Zuhair (form5) (jue)
  7. Syafiqah (form5)
  8. Auni (form4)
  9. Aqilah Mansor (form5)
  10. Syasa Irdina (aku sendiri)


Haaa, ni lah senarai nama ahli group aku.. dyeorg sangatlah best.. semua okay laa.. nak corperate pun senang.. time malam tu kteorg nyanyi lagu yang telah digubah oleh nuek.. haha.. nuek ni kreatif orang nyaa..lepas tu disebabkan nama group kteorg itik , hah, ambik kau cikgu suruh jalan itik kat atas stage.. dgn muka yg redha semua pun jalan itik..



 ni group aku.. quack, quack

ni group 9..

okay , actually gambar ni aku nak fokuskan kat 2 orang cikgu kat belakang tu.. dari kiri cikgu muju.. tepi dye cikgu azren.. cikgu hensem.. kbye



Aktiviti ni sume habis dalam pukul 12 lebih..


   Kemudian kteorg ade 'night trekking'.. alar nite trekking ni dye mcm nk latih keberanian kite laa.. jalan tengah malam then byk la hantu keluar.. ni nak habaq mai ni aku pun seram jugak la nak night trekking ni tapi aku dah ngantuk + penat gilaa.. so lagi cepat night trekking habis lagi cepat aku tido.. so tiba lah masanya kteorg kena tempuhi night trekking ni.. pelajar perempuan sume dah merayu2 kat fasi , atleast night trekking ni jalan berdua.. so tak de la takut sangat.. tapi fasi cakap hati dye keras.. so no kompromi.. semua muka redha + cuak.. hoho malam tu aku jalan dgn PUTERI UMAIRAH.. Fasi buat gempak je.. bila sampai sana bole jalan 2 orang.. hah lega rasa nye.. before dye lepas aku dgn puteri aku sembang jap dgn fasi yg jaga kat situ.. nama dye cikgu zam.. aku sibuk dok tanya mcm2 soalan kat dye.. bkn ape utk hilangkan rasa takut tu.. then tiba2 cikgu tanya.. ayat dye macam ni "Awak rasa awak yakin ke boleh jadi pemimpin?" haa time ni serius aku terdiam.. tak tahu nak jawab ape.. kelu lidah utk berkata kata.. cikgu zam tanye lg soalan yang sama dan aku masih terdiam.. sumpah soalan maut ni.. then cikgu zam ckp ape ntah.. aku pun tak berape nk ingat.. hoho then cikgu lepaskan aku ngan puteri.. kteorg pun ikut jela tali yang disediakan.. sumpah jalan sempit gila.. segala mcm jenis daun aku langgar je.. then nampak la benda putih.. aku taw tu cikgu tapi aku pandang tempat lain.. jalan punya jalan lagi dengar ade orang cakap 'sombong'.. haha yang ni sumpah lawak gila.. hantu ckp 'sombong'.. mcm pelik je.. pastu ade la orang bagi salam ape sume.. aku malas nak layan.. tapi bila difikirkan balik jawab salam wajib.. so aku pun jawab dalam hati jelaa.. then habis.. tu je.. kejap kan.. night trekking kali ni tak seram sgt kalu nak dibandingkan dgn d'lereng.. haa yang tu confirm seram.. korang bayangkan kteorg kena pegi kubur malam2 then baca nama kat batu nisan.. taubat aku tak buat dahhh.. berlari aku lepas baca nama kat kubur.. nasib kaki aku tak tersadung kat kubur2 tu.. haha mmg kenangan la tu.. aktiviti ni habis dalam pukul 3 lebih.. then sume tido setelah kepenatan..

PAGI SABTU
  
   Bangun pukul 5.45. kami semua tak mandi.. just gosok gigi and cuci muka sahaja.. solat subuh.. asjad bagi kuliah subuh.. lepas selesai semua aktiviti surau kteorg senamrobik.. yeayyy.. macam2 gaya ade.. tapi yang paling menarik adalah menari gangnam style laa.. laky semua semangat :) lepas tu sarapan pagi bersama group.. act rase pelik bila makan dgn laky ni.. i do know why -,- okay , lepas ni kteorg g jungle trekking.. korang layan la dulu gmbr2 ni..











 aku dgn aina

pelajar perempuan








 pelajar lelaki






gembira..


zatay bagi public speaking time dah sampai

diikuti dgn aina.. seriously aina menghayati public speaking dye.. tajuk kayu..
 
 fasi tolong group aku hidupkan api

suasana dekat situ

cikgu along pulak tolong kteorg T_T

group aku

semua ahli group aku tgh memasak.. depan betul gambar aku..

cheese :)

lelaki group aku sangggup pedih pedih mata kena asap nak bagi kteorg makan sumpah terharu :')
thanx korangg..

 Survive dalam hutan.. masak sendiri dalam hutan.. new experience :)



cikgu cikgu tolong hidupkan api.. sumpah nak hidupkan api ni susah..


hanya mampu melihat..

JUNGLE TREKKING kali ni best sbb kteorg dapat byk pengalaman baru.. antaranya, lalu betul2 tepi tingkap rumah orang asli, lalu tepi PLKN, survive dalam hutan, masak dalam hutan.. tapi yang paling menarik solat atas batu.. lepas dah masak semua kteorg kena river crossing.. susah jugak la nak blaja terapungkan badan.. tenggelam timbul sume ade..
 river crossing..

  Aktiviti ni habis dalam pukul 3 , 4 petang.. balik je terus tukar baju respect sbb baju migty dah basah akibat river crossing tadi.. then siap2 solat asar..
SABTU PETANG

  Aktiviti flying fox dan abseiling bermula..lelaki buat abseiling , perempuan flying fox.. best jugak laa.. sampai berpusing2 aku naik flying fox tu.. haha cikgu yg jaga tu pun pelik sampai siap tanya knp aku berpusing.. aku pun mcm biasalah jawab tak tahu.. then cikgu tanya persembahan malam ni nak buat ape.. alamak , mmg aku tak tahu laa.. cikgu cakap cikgu ade idea nak wat lakonan.. oh my god ! aku tak suka berlakon ! kbye.
SABTU MALAM

   Lepas solat magrib , kteorg ade buat bbq. makan ayam panggang.. sedap wooo! diikuti pula dgn persembahan kumpulan.. jom layan..
 Asjad dgn Aiman berlakon..

ni group unta tgh berlakon jugak..

Ni group unta jgk buat dikir barat + berlakon ape ntah..
Berdiri

forum perdana







Malam ni group aku sepakat nak berlakon jugak.. haish nak tanak kena jugak laa.. nuek dgn aqilah , sumpah best gila dyeorg berlakon.. group lain? best jugak kot.. knp kot? sbb aku tido sbb ngantok yang teramat sangat.. haha tapi time aku tido tu aku dgr laa orang lain dok gelak je.. so kira lawak la tu kan.. lepas habis persembahan kteorg bole makan kambing bbq tu.. lelaki ramai la yg makan.. perempuan semua fikir nak tido je..
 see, dyeorg sangat berselera makan kambing
 Eh, lupa nak bagitahu before start persembahan kumpulan ni, group aku punya turn untuk public speaking.. haa , aku dapat tajuk torchlight.. ambik kau.. aku pun tak taw ape aku merepek meraban kat depan tu.. hoho takut? tak. aku tak takut time cakap atas stage tu sbb aku baru bangun tido.. so mmg aku naik pentas tanpa sebarang perasaan.. seriously time aku public speaking mmg dah tak de idea nak cakap ape , cikgu zam tanya soalan.. mmg aku krik krik la kat atas tu.. dalam hati aku cakap apesal la aku hambar gila malam ni.. hoho

AHAD PAGI

   Bangun pukul 5.45 pagi.. solat subuh.. senamrobik + joging.. 

Ni semua muka orang depan.. muka aku? tak payah tanya.. aku kat belakang sekali.. hahaha hebat kan aku.. lepas ni kteorg breakfast then sape yg tak flying fox or abseiling lagi bole buat after breakfast.. sape yg dah kena buat indoor game..

  Cantumkan puzzle surat khabar

Pulau kecil :)


Semangat saat menyanyikan lagu 'Bila diri disayangi'

Lepas habis aktiviti ni semua maka berakhir lah kem kepimpinan ni.. sebelum tu kteorg kena isi 3 surat azam untuk diri sendiri , keluarga , sekolah . aku harap aku dapat buat apa yang aku dah tulis dalam 3 kertas tu..


MAJLIS PENUTUP


AYAHANDA..







GROUP AYAM

GROUP LEBAH

TAK INGAT NAMA GROUP

GROUP FOX

GROUP KUCING

GROUP UNTA

TAK INGAT NAMA GROUP

TAK INGAT NAMA GROUP

GROUP ITIK *cuba cari aku :)

PEMIMPIN MRSM PASIR SALAK



 BERSAMA FASILITATOR



 TAMAT sudah kem pada kali ini.. banyak pengalaman baru yang aku timba kat sini.. kalau nak ikutkan setiap tahun aku pegi kem kecuali time form 1.. time form 2 pergi PUSKEP , LENGGONG.. Form 3 Kem subjek dekat D'Chalet, Lumut Perak, akhir tahun form 3 pergi MIGTY dekat Kem Desa Selesa, Tanjung Malim, Form 4 di Kem D'Lereng Adventure, Chemor Perak anddd akhir sekali form 5 Kem Kepimpinan di Damai Alam , Chenderiang Perak.. i thought this is the last camp.. hmmm okay laa sampai sini je la aku boleh cerita kat korang.. aku rasa dah habis detail da ni.. huhu sorry kalau ade silap salah sye dalam penulisan blog ini.. Btw, Thanx kepada ASJAD AL-AMIN.. Mostly gmbr dalam ni dari kamera dye.. thanx taw asjad :)

Yang penat menaip :

          Nursyasa Irdina Idrus :D


BYE BYE , jumpa lagi dalam entry yang akan datang..terima kasih jugak sebab sudi baca blog yang ntah hape hape ni..






























  






                      

No comments:

Post a Comment