Tuesday, 31 December 2013

Flashback 2013

Assalamualaikum dear readers :)

Hai hai korang semuaaa! How are you? *acecece speaking pulokk.. haha sekali sekala apa salahnya kan.. practise make perfect..okay dah dah la tu melalutnya cik syalalaa oii.. okay back to our topic..










FLASHBACK2013?

   Okay macam gempak je tajuk aku ni.. hehe entry hari ni nak imbas kembali apa yang aku dah buat selama 365 hari ni.. *cop entry kali ni aku lebih kepada kawan kawan kot sebab semua suruh aku masukkan pasal dyeorg.. haa ni aku dah buat.. mohon kalian TERHARU.. Lagi satu mungkin sebab lumrah orang yang duduk asrama , masa dyeorg lebih banyak dengan kawan kawan la kan berbanding dengan family.. ye dokk? baik korang angguk laju-laju..

   2013 ni rasa cepat sangat kan? sapa setuju angkat kening! hehe sekejap je dah nak SPM.. Lepas SPM sambung belajar.. Lepastu kerja.. Ada duit sendiri nak bawak ibu ayah travel luar negara.. Then ada kereta sendiri..*tak sabar nyaa.. *EXCITED Lepas tu kahwin.. eh, mana adaaaa.. okay bab kahwin aku tak terfikir lagi.. !HOLD ON! Ada ke orang nak kat aku ni? hoho :3 Focus study dulu.. 

  Actually, aku pun tak tahu apa yang aku buat sepanjang tahun ni.. tapi kan kalau fikir balik and fikir betul betul aku rasa dah boleh buat buku berjilid-jild la kot.. 

APA YANG AKU BUAT AWAL TAHUN? 
 (JANUARY)

Awal tahun, lepas dapat result PMR macam biasalah kalau budak mrsm ada program KIKS..  KIKS stand for KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN SUBJEK.. *This for those yang tak tahu apa itu KIKS .. Seriously KIKS ni best sebab kteorg bukan ada class formal duduk dekat dalam kelas belajar and belajar.. tapi kteorg dikumpulkan dalam satu batch dalam bilik seminar 1.. best bila gabung satu batch sebab dapat merapatkan ikatan persahabatan tanpa wujudnya racist.. *ye ye je.. haha betul laa.. KIKS ni antara aktiviti yang best aku ingat bila kteorg kena pegi dua tempat. first JETI LUMUT..



 Haa ni lah jeti lumut

Apa yang kteorg buat dekat sini? Haa kteorg kat sini bukan untuk berfoya foya taw tapi cikgu bagi task untuk kteorg selesaikan.. kteorg kena cari orang untuk ditemu ramah.. actually kteorg kena speaking bila interview foreign tu.. tapi ada je yang cakap bahasa melayu.. haha *martabatkan bahasa Melayu la katakan.. kuikuikui..lepas ni kteorg pegi aeon manjung..



AEON MANJUNG

Kat sini baru kteorg berfoya foya sebab task kteorg dahhh siapppp .. completelyyy..

ANNUAL DINNER
(FEBRUARY)

Ni laa muka insan yang pandai pandai.. 




Yang pakai jubah hijau tu nadiahhh.. dye sekarang dekat MRSM TUN GHAFAR BABA.. dye laa yang banyak bantu aku dalam pelajaran.. credit to nadiahh.. psst dye ni jugak q-mate aku.. jap eh nak masuk gambar q-mate pulak lepas ni..

Dari kiri: aku, nadiah, mimi, aina 
haa ni lah gambar qmate aku sampai sekarang.. cuma nadiah je laa tak sebab dye pindah MRSM lain.. so ganti nadiah ialah HUDA ..

PETROSAINS..
(MARCH) 



Gambar with adik adik aku.. tapi kelawar tu bukan yaww..



Ibu dan ayah ala ala titanic.. hihi

YEAYYY.. Gambar satu family..

Okayy korang.. seriously waktu sekarang dah pukul 11.13 p.m .. i think tak boleh buat entry ni panjang panjang.. kalu ikut kan hati nak buat flashback setiap bulan.. apakan daya.. sampai bulan march jela yee.. sorry sangat sangat.. *psst.. aku tak siap lagi kemas barang actually.. esok dah nak balik maktab dahh.. ermm so sekarang ni aku buat conclusion jelaa.. acehh dah macam lab report pulak..
 
   -2013-
Tahun ni secara keseluruhannya okay okay saja :) pahit manis masam masin semua aku dah merasa. yee aku mengaku tahun 2013 ni merupakan tahun yang agak tough sekali lebih lebih lagi pasal pelajaran.. pelajaran makin lama makin susah.. *tak kan la makin senang pulak kan.. tak da cabaran la kalau macam tu.. tapi so far aku masih boleh bertahan lagi walaupun ada masalah masalah kecil yang sentiasa menghantui aku.. ceitt seram nya bunyi.. haha biasalah orang baru nak meningkat remaja.. perangai gatal gatal ni mesti wujud lah.. cuma semua nya bergantung kepada kita yang nak control.. tapi aku dah belajar dari kesilapan.. study lebih penting daripada buat benda yang boleh melalaikan kita.. seriously tak perlu lah nak ber couple sebab memang benda tu tak da faedah.. buat kita lupa belajar je.. padahal belajar lebih penting untuk masa depan kita.. jodoh kita? tak perlu risau sebab semua ALLAH dah set.. Tapi kita mestila usahakan? ye betul.. memang kita kena usaha.. setiap apa yang kita buat mestilah kena ada usaha.. tapi cuba ingat balik umur kita berapa? dah layak ke nak pikul tanggungjawab? tanggungjawab dengan ibu bapa pun masih terkial kial lagi.. bak kata ibu aku la kan "spe**** pun masih ibu bapa nak beli" .. ayat ni ibu selalu cakap kat aku dan selalu nya bila ibu cakap macam tu aku akan tergelak.. bukan apa.. laWak la statement ibu tu.. tapi bila fikir balik betol apa yang my mum cakap... ok cik syalalaa dah dah la tu berleter? tak penat ke? well aku just cakap apa yang ada dalam kepala aku.. hewhew.. "PENGALAMAN YANG MEMATANGKAN AKU"- ciksyalalaa


Okay guys dah nak masuk new year ni.. sekarang dah pukul 11.46 pm .. i better stop now.. 

Cik Syalalaa, tak da azam baru ke?

bukan nya takda tapi malas la nak buat azam baru sebab tahun lepas punya azam pun tak tertunai lagiii..so lets proceed tahun lepas punya azam okayy.. hehe  

HAPPY NEW YEAR KORANGGG :) 




2014 NI AKU SPM WOI.. DOAKAN AKU DAPAT FOCUS STUDY.. dapat keputusan yang cemerlang lagi gemilang lagi terbilangggg!!! YEHAAA!!! Aku mintak maaf kalau ada buat salah ngan korang.. mohon dimaafkan yeee..


 BYE 2013.. HAI 2014..




by : Cik Syalalaa












Thursday, 26 December 2013

Pertama kali buat blog.. yeayy

Assalamualikum dear readers..

Wahhh, jari jari aku ni masih gagah menaip setelah penat 'TRY and ERROR' edit blog sana sini..hihi
Seriously agak mencabar laa nak buat blog sebab aku ni memang tak tahu hapa hapa la pasal blog ni..
*teruk kannn.. aku ni dah bole tergolong dalam orang yang buta IT la kottt #ehh
berminat nak buat blog ni pun lepas banyak baca blog orang lain..
then terdetik laa dalam hati "teringin laa nak ade blog sendiri"
Maka tubuh la blog ni dengan usaha keras sendiri.. klik itu klik ini.. akhirnya taraaaaaaaa :)
          
           




Okay memandangkan aku ni baru buat blog so better aku terang la serba sedikit tentang tuan empunya blog ni.. *ala ala tulis biodata gitu.. hewhew

Haaa ni laaa tuan empunya blog -NURSYASA IRDINA BT IDRUS-

                                                       
                                                          



Anak kepada encik idrus dan puan salmiah.. i call them ibu and ayah
                                                




okay i am sweet sixteen (2013) tahun depan seventeen :)






Ni Mrsm pasir salak tempat aku belajar.. pssst asal gambar ni menyeramkan..hihi





Haa ni view dari atas mrsm pasir salak.. besar kannn sape nak kurus bole sekolah kat sini #ehh tapiiii asal aku tak kurus kurus

                                                   




Haaa ni adik adik aku + aku.. tapi yang kelawar tu takde kaitan dengan kteorg yeee yang kelawar tu akak petrosains..




okayy ni seramm.. tahun depan aku ambik SPM.. berjuang untuk masa hadapan hingga ke titisan darah yang terakhir.. *ewahhhhh



okayy and of coarse this is my target.. 9A+ for my SPM 2014

Last but not least : *Tadah tangan

     Saya doakan Nursyasa Irdina Bt Idrus mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM         nanti.. semoga dye sentiasa taat pada perintah ALLAH.. serta
       menjadi anak yang boleh berbakti kepada ibu dan ayah nya kelak.. AMIN.. 

Terima kasih sudi doakan :)




Thank you for reading guys :)

Terima kasih sebab sudi baca blog ni.. sory kalau blog ni bosan.. salah silap harap dimaafkan.. segala yang baik semuanya datang dari Allah, segala kekurangan sudah tentu dari saya sendiri.. byee tunggu blog update lepas ni pulak yee ^^
much love yaaa :) keep smiling

Assalamualaikum..